Apa yang ingin anda tahu?

Wednesday, May 25, 2016

Mahu Kelihatan sentiasa muda??

Setiap wanita mengimpikan wajah tanpa kedutan dan selalu tampik lebih muda dari umurnya. Penampilan wajah yang lebih baik memberikan keyakinan dalam apa sahaja yang kita lakukan.  Ada yang tahu cara untuk kelihatan awet muda ada yang tidak.
Mari ikuti beberapa tips dibawah untuk anda kekal muda tanpa kedutan di wajah anda.
Jangan Stress
Apabila kita memikirkan pelbagai jenis masalah, secara tidak langsung otak kita akan menjadi penat begitu juga dengan hormon didalam badan.  Kadar denyutan jantung juga akan lebih cepat kerana tekanan yang dirasai.
Senaman Pernafasan
Ambil beberapa minit daripada masa anda dan mengamalkan senaman pernafasan. Hembus dan tarik nafas secara perlahan-lahan untuk 10 minit.
Halia
Halia merupakan agen terbaik untuk menghilangkan kedutan di wajah kerana ia mengandungi antioksidan tinggi. Ia mampu memecah sel Elastin yang menjadi punca utama kedutan.
Kisar sedikit halia dan campurkan ia bersama satu sudu besar madu. Amalkan setiap pagi.
Anda juga boleh campurkan sedikit halia bersama air teh dan minum dua kali sehari.
Buah Nanas
Buah nanas mengandungi Vitamin C yang cukup baik untuk wajah anda. Ambil sari buah nanas dan sapukan ke wajah anda. Biarkan 10 minit dan bilas dengan air bersih.
Anda juga boleh sapukan jus nanas dan urut secara perlahan di wajah anda. Lakukan dalam pergerakkan membulat.
Antara faedahnya ialah ia boleh merawat tona tidak sekata pada kulit dan melancarkan peredaran darah di kawasan muka.
Kulit Buah Tembikai
Walaupun kulit buah tembikai sering dibuang kerana ia tidak boleh dimakan tetapi tahukah anda bahawa ia berguna untuk penggunaan wajah?
Ambil kulit buah tembikai dan sapu pada seluruh bahagian wajah. Biarkan 5-7 minit. Kemudian bilas muka anda dengan air sejuk.
Proses tadi dapat menyegarkan kulit anda dan membuatkan ia lebih halus.
Kesimpulan
Pelbagai cara yang kita boleh amalkan untuk kelihatan lebih muda. Apa yang penting anda harus mempunyai semangat yang kuat untuk melakukan sesuatu langkah meskipun anda sibuk dengan rutin harian

No comments:

Post a Comment