Apa yang ingin anda tahu?

Wednesday, May 25, 2016

Menjaga wajah

Kadang-kala kita akan menghadapi kesukaran untuk menjaga wajah anda secara menyeluruh, terutama sekali jika terdapat kedutan, jerawat mahupun lingkaran bawah mata yang jelas kelihatan. Ada yang fikir, kita memerlukan hampir 24 jam untuk berjaga-jaga jika terdapat cela pada wajah.
Jangan risau, disini kami sertakan beberapa tips mudah untuk menjaga wajah anda dengan mudah.
Cuci Muka Anda Dengan Betul
Sebolehnya, cuci muka anda dua kali sehari dengan air suam dan jangan sesekali gunakan scrub kerana ia mampu merosakan eperdemis kulit.
Jangan Dekatkan Objek Pada Kulit Wajah
Pada kebiasaannya, ketika kita sedang berbicara di telefon pasti permukaannya akan menyentuh wajah kita bukan. Tahukah anda dengan cara begitu, bakteria merebak dengan cepat pada pori kulit dan ia akan menyebabkan redangan dan kulit wajah gatal.
Jadi adalah lebih baik untuk anda jarakkan sedikit permukaan telefon bimbit daripada permukaan kulit.
Jangan Berkongsi Alat Solek
Pastikan anda tidak berkongsi sebarang alat solek seperti pelembap bibir kerana ia mungkin mengandungi pelbagai jenis bakteria dan kita tidak tahu jika seseorang itu menghadapi sebarang masalah kulit yang serius.
Pastikan Kulit Anda Lembap
Jika anda mempunyai masalah kulit kering, pastikan anda sapukan sedikit krim pelembap agar kulit anda berada pada kelembapan yang bersesuai. Dengan cara ini, kulit akan sentiasa lembut dan berseri.
Kesimpulan
Anda akan dapat menjaga wajah dengan menyeluruh jika kita tahu serba sedikit perkara asas agar kulit kita tidak berdepan dengan masalah yang serius. Rutin harian anda juga harus berubah dan carilah sedikit masa untuk memanjakan wajah anda sekali-sekala.

No comments:

Post a Comment